SpeedTest

Kelajuan bagi jalur lebar itu adalah menjadi perkara utama dalam memilih pakej yang dikehendaki. Hal ini kerana, harga sesuatu pakej itu secara keutamaan dinilai berdasarkan kelajuan. Di Malaysia, semakin tinggi kelajuan pakej jalur lebar, semakin tinggi harga pakej tersebut. Adalah dinasihatkan anda menguji secara berkala kelajuan jalur lebar anda, bagi memastikan anda mendapat kelajuan internet seperti yang dilanggan.
Terdapat beberapa laman web untuk menguji kelajuan pakej jalur lebar anda. Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi beberapa laman web yang mempunyai kemampuan menguji kelajuan internet anda.
1. TM Speedometer
Speedometer rasmi dari TM. Mempunyai senggatan sehingga 20Mb.

2. UniFi Speedometer
Speedometer rasmi untuk jalur lebar UniFi. Ia mempunyai senggatan yang lebih besar sehingga 100Mb.

3. Speedtest.net
Speedometer universal. Laman ini akan memilih server yang terbaik sebelum memulakan proses menguji kelajuan internet anda. Di akhir ujian, anda akan dipaparkan ringkasan kelajuan muat turun dan muat naik internet anda. Maklumat dipaparkan dengan grafik yang menarik.